Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Hari ni aku nak kongsi sedikit tentang pengalaman
aku menghadiri temuduga course Pendidikan Sukan dan Rekreasi di Ukm
(Universiti Kebangsaan Malaysia). Aku merupakan pelajar lepasan stpm
2017/2018. Bagi yang berminat dengan course ni boleh la baca sampai
habis. semoga bermanfaat! hehe.
Pertama
sekali, aku nak bagitahu kalau korang betul-betul minat dengan course
ni letaklah dalam pilihan pertama dekat senarai UPU. Ukm akan utamakan
siapa yang letak dalam pilihan pertama dahulu. Bab pointer tu memang
akan tengok juga tapi apa-apa pun letak je dekat pilihan pertama/kedua.
Macam aku memang dari dulu target nak course Pendidikan Jasmani. Masa tu
aku nak mohon UPM sebab tak jauh dari rumah heheh tapi bila aku dah
kaji dan tanya beberapa student maka aku tak jadi letak UPM dekat
pilihan pertama sebab course tu kebanyakan ambil atlet dari ssbj dan
kuota dia sikit sangat. Aku tak berapa yakin untuk memilihnya. So aku
pilih UKM dan kuota bil pelajar ambilan Ukm lebih banyak daripada Upm.
Actually aku berbelah bahagi juga untuk pilih uni apa sampai satu tahap
aku solat hajat dan istikharah hahahahaha.
Pilihan
aku akhirnya tepat dan aku berjaya ditawarkan untuk menghadiri temuduga
bagi course Pendidikan Sukan dan Rekreasi, Ukm. Aku dapat tahu dua hari
sebelum nak raya (2019). Boleh pula masa otw balik kampung dapat mesej
dari Ukm besertakan link untuk check. Masa tu tak sangka pun akan dapat
sebab UKM wehh universiti yang hebat tuu. Bila buka link yang dia bagi
alhamdulillah tak terkata aku. hahahahaha walaupun temuduga je tapi tu
dah cukup bermakna bagi aku. Persediaan yang aku buat untuk ke temuduga
tu macam biasa lah sediakan sijil-sijil yang penting, cop pengesahan,
gambar passport dan persediaan untuk ujian kecergasan juga. Sebagaimana
yang kita sedia maklum, course yang berkaitan dengan sukan mesti akan
ada ujian kecergasan. Tu salah satu syarat juga untuk diterima masuk so
korang kena lulus ujian tu begitu juga dengan interview face to face.
Ukm ada buat 3 hari untuk temuduga tersebut di cawangan Ukm Bangi, so
kepada sesiapa yang dari negeri lain tu akan datang berkumpul di Ukm
mengikut hari yang telah ditetapkan manakala bagi orang Sabah Sarawak
pula, pihak Ukm sendiri akan terbang ke sana dan melakukan temuduga di
sana.
Seterusnya
aku akan kongsi sedikit tentang ujian kecergasan yang Ukm buat. Untuk
pengetahuan korang sebelum aku pergi interview dekat Ukm, aku dah pergi
dulu interview dekat Uitm Palam course sama Pendidikan Sukan juga cuma
nama course dekat Uitm lain sikit. Pada mulanya aku ingatkan ujian
kecergasan Ukm ni sama dengan Uitm rupanya tidak. Ukm tak ada ujian
beep/bleep test seperti universiti lain (Upm,Upsi,Uitm), aku tak tahu
sama ada masa tahun aku je yang tak ada atau setiap tahun yang lain pun
sama. Di Ukm, ada ujian standing long jump, jangkauan melunjur, bumping,
push up, naik turun bangku, quandrant jump agility test dan grip test. Kesemua ujian ini ada
markah-markah yang kena skor untuk lulus. Lepas dah habis buat ujian
kecergasan kena tukar kepada pakaian formal. Oh lupa nak bagitahu ujian
kecergasan tu kena pakai baju sukan ya. Lepas dah tukar, kena tunggu
giliran masing-masing untuk dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga
pula. Tiga orang satu bilik ya dan dalam tu ada tiga panel@pensyarah.
Bagi
temuduga face to face ni, basically akan suruh perkenalkan diri,
ceritakan pencapaian yang diperoleh, sukan apa yang kita main, ada juga
soalan berkaitan isu semasa, ada juga suruh baca petikan dan lain-lain.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Ukm ni mostly akan guna Bahasa
Melayu tapi ada juga soalan yang memerlukan kita jawab menggunakan
Bahasa Inggeris. Jangan takut bila nak jawab semua soalan, kena sentiasa
yakin dan kalau boleh jangan tunjuk dekat orang yang kita ni terlalu
gementar. Jika ada tag nama yang macam cikgu pakai tu boleh lah bawa
sekali dan pakai masa temuduga tersebut.
Kemudian
habis je temuduga sudah tentu lah korang kena tunggu pula untuk
keputusan kemasukan universiti kan. Kebiasaannya keputusan akan keluar
hujung bulan 8 dan pendaftaran awal bagi fasa pertama untuk Ukm kalau
tak silap aku awal bulan 9. Masa keluarnya keputusan UPU Fasa pertama,
aku meihat satu perkataan yang membuat aku terdiam iaitu "Dukacitanya".
Masa tu aku sedih sangat sebab sejak spm lagi aku selalu dapat perkataan
tu hahahahaha. Aku dah tak tahu nak buat apa dah. Jalan penyelesaiannya
hanya melalui Upu rayuan. Aku tetap memilih Ukm dan course yang sama
untuk diletakkan dekat pilihan pertama rayuan. Aku pernah juga menelefon
bahagian fakulti pendidikan Ukm untuk tanya samaada aku lepas interview
ataupun tidak. Aku telefon sebab aku betul-betul nak tahu keputusan
temuduga tu sebelum membuat pilihan rayuan. Masa tu pegawai yang angkat
call cakap aku tak ada masalah apa-apa dan lulus semua temuduga cuma
kuota bilangan pelajar dah penuh. Dia siap tanya nama dan kad pengenalan
aku untuk check dalam sistem. wow hahahaaha aku tak sangka pun dia
sebaik tu sampai nak checkkan dan pegawai tu pun sarankan supaya aku
tetap letakkan Ukm di pilihan pertama. Jadi setelah berfikir, solat
hajat istikharah semua tu maka aku pun tetap dengan pendirian aku untuk
memilih Ukm sebab aku memang nak sangat course tu. Selebihnya aku
serahkan kepada Allah, kalau ada rezeki ada lah.
Akhirnya
setelah berminggu-minggu aku menunggu, keluar lah keputusan rayuan Upu
dan alhamdulillah aku berjaya ditawarkan ke Program Pendidikan Sukan dan
Rekreasi di Ukm ambilan September. Aku daftar seminggu lambat
berbanding pelajar yang first intake. Maksudnya, aku tak ada orientasi
atau tak terlibat dengan minggu mesra mahasiswa. Aku daftar je terus
start sesi pembelajaran di mana ianya merupakan minggu pertama sesi
pembelajaran bagi kemasukan pelajar baharu. Dan kebetulan aku masuk 18
September, tarikh 16 September pula Hari Malaysia jadi kelas untuk
course aku baru start belajar satu hari disebabkan 16 September tu cuti
awam.
Kesimpulan
yang aku peroleh, kesabaran tu amat penting, ya kita hanya mampu
merancang dan Allah yang akan menentukannya. Jadi kita kena percaya dan
serahkan semuanya kepada Allah, cepat atau lambat semuanya telah
ditetapkan. Kalau ada rezeki insyaAllah takkan kemana. Yang penting
jangan cepat putus asa dan jangan lupa untuk melakukan solat sunat
dhuha, hajat, tahjjud dan berdoa kepada Allah agar semuanya
dpermudahkan. Ok sampai di sini sahaja penulisan blog aku. InsyaAllah
kalau aku rajin aku akan update lagi. Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh
tulis di ruangan komen. Terima Kasih kerana sudi membaca :)