Tuesday, January 28, 2020

Pengalaman Temuduga Pendidikan Sukan dan Rekreasi Ukm

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni aku nak kongsi sedikit tentang pengalaman aku menghadiri temuduga course Pendidikan Sukan dan Rekreasi di Ukm (Universiti Kebangsaan Malaysia). Aku merupakan pelajar lepasan stpm 2017/2018. Bagi yang berminat dengan course ni boleh la baca sampai habis. semoga bermanfaat! hehe.

Pertama sekali, aku nak bagitahu kalau korang betul-betul minat dengan course ni letaklah dalam pilihan pertama dekat senarai UPU. Ukm akan utamakan siapa yang letak dalam pilihan pertama dahulu. Bab pointer tu memang akan tengok juga tapi apa-apa pun letak je dekat pilihan pertama/kedua. Macam aku memang dari dulu target nak course Pendidikan Jasmani. Masa tu aku nak mohon UPM sebab tak jauh dari rumah heheh tapi bila aku dah kaji dan tanya beberapa student maka aku tak jadi letak UPM dekat pilihan pertama sebab course tu kebanyakan ambil atlet dari ssbj dan kuota dia sikit sangat. Aku tak berapa yakin untuk memilihnya. So aku pilih UKM dan kuota bil pelajar ambilan Ukm lebih banyak daripada Upm. Actually aku berbelah bahagi juga untuk pilih uni apa sampai satu tahap aku solat hajat dan istikharah hahahahaha.

Pilihan aku akhirnya tepat dan aku berjaya ditawarkan untuk menghadiri temuduga bagi course Pendidikan Sukan dan Rekreasi, Ukm. Aku dapat tahu dua hari sebelum nak raya (2019). Boleh pula masa otw balik kampung dapat mesej dari Ukm besertakan link untuk check. Masa tu tak sangka pun akan dapat sebab UKM wehh universiti yang hebat tuu. Bila buka link yang dia bagi alhamdulillah tak terkata aku. hahahahaha walaupun temuduga je tapi tu dah cukup bermakna bagi aku. Persediaan yang aku buat untuk ke temuduga tu macam biasa lah sediakan sijil-sijil yang penting, cop pengesahan, gambar passport dan persediaan untuk ujian kecergasan juga. Sebagaimana yang kita sedia maklum, course yang berkaitan dengan sukan mesti akan ada ujian kecergasan. Tu salah satu syarat juga untuk diterima masuk so korang kena lulus ujian tu begitu juga dengan interview face to face. Ukm ada buat 3 hari untuk temuduga tersebut di cawangan Ukm Bangi, so kepada sesiapa yang dari negeri lain tu akan datang berkumpul di Ukm mengikut hari yang telah ditetapkan manakala bagi orang Sabah Sarawak pula, pihak Ukm sendiri akan terbang ke sana dan melakukan temuduga di sana.

Seterusnya aku akan kongsi sedikit tentang ujian kecergasan yang Ukm buat. Untuk pengetahuan korang sebelum aku pergi interview dekat Ukm, aku dah pergi dulu interview dekat Uitm Palam course sama Pendidikan Sukan juga cuma nama course dekat Uitm lain sikit. Pada mulanya aku ingatkan ujian kecergasan Ukm ni sama dengan Uitm rupanya tidak. Ukm tak ada ujian beep/bleep test seperti universiti lain (Upm,Upsi,Uitm), aku tak tahu sama ada masa tahun aku je yang tak ada atau setiap tahun yang lain pun sama. Di Ukm, ada ujian standing long jump, jangkauan melunjur, bumping, push up, naik turun bangku, quandrant jump agility test dan grip test. Kesemua ujian ini ada markah-markah yang kena skor untuk lulus. Lepas dah habis buat ujian kecergasan kena tukar kepada pakaian formal. Oh lupa nak bagitahu ujian kecergasan tu kena pakai baju sukan ya. Lepas dah tukar, kena tunggu giliran masing-masing untuk dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga pula. Tiga orang satu bilik ya dan dalam tu ada tiga panel@pensyarah. 

Bagi temuduga face to face ni, basically akan suruh perkenalkan diri, ceritakan pencapaian yang diperoleh, sukan apa yang kita main, ada juga soalan berkaitan isu semasa, ada juga suruh baca petikan dan lain-lain. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Ukm ni mostly akan guna Bahasa Melayu tapi ada juga soalan yang memerlukan kita jawab menggunakan Bahasa Inggeris. Jangan takut bila nak jawab semua soalan, kena sentiasa yakin dan kalau boleh jangan tunjuk dekat orang yang kita ni terlalu gementar. Jika ada tag nama yang macam cikgu pakai tu boleh lah bawa sekali dan pakai masa temuduga tersebut. 

Kemudian habis je temuduga sudah tentu lah korang kena tunggu pula untuk keputusan kemasukan universiti kan. Kebiasaannya keputusan akan keluar hujung bulan 8 dan pendaftaran awal bagi fasa pertama untuk Ukm kalau tak silap aku awal bulan 9. Masa keluarnya keputusan UPU Fasa pertama, aku meihat satu perkataan yang membuat aku terdiam iaitu "Dukacitanya". Masa tu aku sedih sangat sebab sejak spm lagi aku selalu dapat perkataan tu hahahahaha. Aku dah tak tahu nak buat apa dah. Jalan penyelesaiannya hanya melalui Upu rayuan. Aku tetap memilih Ukm dan course yang sama untuk diletakkan dekat pilihan pertama rayuan. Aku pernah juga menelefon bahagian fakulti pendidikan Ukm untuk tanya samaada aku lepas interview ataupun tidak. Aku telefon sebab aku betul-betul nak tahu keputusan temuduga tu sebelum membuat pilihan rayuan. Masa tu pegawai yang angkat call cakap aku tak ada masalah apa-apa dan lulus semua temuduga cuma kuota bilangan pelajar dah penuh. Dia siap tanya nama dan kad pengenalan aku untuk check dalam sistem. wow hahahaaha aku tak sangka pun dia sebaik tu sampai nak checkkan dan pegawai tu pun sarankan supaya aku tetap letakkan Ukm di pilihan pertama. Jadi setelah berfikir, solat hajat istikharah semua tu maka aku pun tetap dengan pendirian aku untuk memilih Ukm sebab aku memang nak sangat course tu. Selebihnya aku serahkan kepada Allah, kalau ada rezeki ada lah.

Akhirnya setelah berminggu-minggu aku menunggu, keluar lah keputusan rayuan Upu dan alhamdulillah aku berjaya ditawarkan ke Program Pendidikan Sukan dan Rekreasi di Ukm ambilan September. Aku daftar seminggu lambat berbanding pelajar yang first intake. Maksudnya, aku tak ada orientasi atau tak terlibat dengan minggu mesra mahasiswa. Aku daftar je terus start sesi pembelajaran di mana ianya merupakan minggu pertama sesi pembelajaran bagi kemasukan pelajar baharu. Dan kebetulan aku masuk 18 September, tarikh 16 September pula Hari Malaysia jadi kelas untuk course aku baru start belajar satu hari disebabkan 16 September tu cuti awam. 

Kesimpulan yang aku peroleh, kesabaran tu amat penting, ya kita hanya mampu merancang dan Allah yang akan menentukannya. Jadi kita kena percaya dan serahkan semuanya kepada Allah, cepat atau lambat semuanya telah ditetapkan. Kalau ada rezeki insyaAllah takkan kemana. Yang penting jangan cepat putus asa dan jangan lupa untuk melakukan solat sunat dhuha, hajat, tahjjud dan berdoa kepada Allah agar semuanya dpermudahkan. Ok sampai di sini sahaja penulisan blog aku. InsyaAllah kalau aku rajin aku akan update lagi. Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh tulis di ruangan komen. Terima Kasih kerana sudi membaca :)