Tuesday, January 28, 2020

Pengalaman Temuduga Pendidikan Sukan dan Rekreasi Ukm

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni aku nak kongsi sedikit tentang pengalaman aku menghadiri temuduga course Pendidikan Sukan dan Rekreasi di Ukm (Universiti Kebangsaan Malaysia). Aku merupakan pelajar lepasan stpm 2017/2018. Bagi yang berminat dengan course ni boleh la baca sampai habis. semoga bermanfaat! hehe.

Pertama sekali, aku nak bagitahu kalau korang betul-betul minat dengan course ni letaklah dalam pilihan pertama dekat senarai UPU. Ukm akan utamakan siapa yang letak dalam pilihan pertama dahulu. Bab pointer tu memang akan tengok juga tapi apa-apa pun letak je dekat pilihan pertama/kedua. Macam aku memang dari dulu target nak course Pendidikan Jasmani. Masa tu aku nak mohon UPM sebab tak jauh dari rumah heheh tapi bila aku dah kaji dan tanya beberapa student maka aku tak jadi letak UPM dekat pilihan pertama sebab course tu kebanyakan ambil atlet dari ssbj dan kuota dia sikit sangat. Aku tak berapa yakin untuk memilihnya. So aku pilih UKM dan kuota bil pelajar ambilan Ukm lebih banyak daripada Upm. Actually aku berbelah bahagi juga untuk pilih uni apa sampai satu tahap aku solat hajat dan istikharah hahahahaha.

Pilihan aku akhirnya tepat dan aku berjaya ditawarkan untuk menghadiri temuduga bagi course Pendidikan Sukan dan Rekreasi, Ukm. Aku dapat tahu dua hari sebelum nak raya (2019). Boleh pula masa otw balik kampung dapat mesej dari Ukm besertakan link untuk check. Masa tu tak sangka pun akan dapat sebab UKM wehh universiti yang hebat tuu. Bila buka link yang dia bagi alhamdulillah tak terkata aku. hahahahaha walaupun temuduga je tapi tu dah cukup bermakna bagi aku. Persediaan yang aku buat untuk ke temuduga tu macam biasa lah sediakan sijil-sijil yang penting, cop pengesahan, gambar passport dan persediaan untuk ujian kecergasan juga. Sebagaimana yang kita sedia maklum, course yang berkaitan dengan sukan mesti akan ada ujian kecergasan. Tu salah satu syarat juga untuk diterima masuk so korang kena lulus ujian tu begitu juga dengan interview face to face. Ukm ada buat 3 hari untuk temuduga tersebut di cawangan Ukm Bangi, so kepada sesiapa yang dari negeri lain tu akan datang berkumpul di Ukm mengikut hari yang telah ditetapkan manakala bagi orang Sabah Sarawak pula, pihak Ukm sendiri akan terbang ke sana dan melakukan temuduga di sana.

Seterusnya aku akan kongsi sedikit tentang ujian kecergasan yang Ukm buat. Untuk pengetahuan korang sebelum aku pergi interview dekat Ukm, aku dah pergi dulu interview dekat Uitm Palam course sama Pendidikan Sukan juga cuma nama course dekat Uitm lain sikit. Pada mulanya aku ingatkan ujian kecergasan Ukm ni sama dengan Uitm rupanya tidak. Ukm tak ada ujian beep/bleep test seperti universiti lain (Upm,Upsi,Uitm), aku tak tahu sama ada masa tahun aku je yang tak ada atau setiap tahun yang lain pun sama. Di Ukm, ada ujian standing long jump, jangkauan melunjur, bumping, push up, naik turun bangku, quandrant jump agility test dan grip test. Kesemua ujian ini ada markah-markah yang kena skor untuk lulus. Lepas dah habis buat ujian kecergasan kena tukar kepada pakaian formal. Oh lupa nak bagitahu ujian kecergasan tu kena pakai baju sukan ya. Lepas dah tukar, kena tunggu giliran masing-masing untuk dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga pula. Tiga orang satu bilik ya dan dalam tu ada tiga panel@pensyarah. 

Bagi temuduga face to face ni, basically akan suruh perkenalkan diri, ceritakan pencapaian yang diperoleh, sukan apa yang kita main, ada juga soalan berkaitan isu semasa, ada juga suruh baca petikan dan lain-lain. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Ukm ni mostly akan guna Bahasa Melayu tapi ada juga soalan yang memerlukan kita jawab menggunakan Bahasa Inggeris. Jangan takut bila nak jawab semua soalan, kena sentiasa yakin dan kalau boleh jangan tunjuk dekat orang yang kita ni terlalu gementar. Jika ada tag nama yang macam cikgu pakai tu boleh lah bawa sekali dan pakai masa temuduga tersebut. 

Kemudian habis je temuduga sudah tentu lah korang kena tunggu pula untuk keputusan kemasukan universiti kan. Kebiasaannya keputusan akan keluar hujung bulan 8 dan pendaftaran awal bagi fasa pertama untuk Ukm kalau tak silap aku awal bulan 9. Masa keluarnya keputusan UPU Fasa pertama, aku meihat satu perkataan yang membuat aku terdiam iaitu "Dukacitanya". Masa tu aku sedih sangat sebab sejak spm lagi aku selalu dapat perkataan tu hahahahaha. Aku dah tak tahu nak buat apa dah. Jalan penyelesaiannya hanya melalui Upu rayuan. Aku tetap memilih Ukm dan course yang sama untuk diletakkan dekat pilihan pertama rayuan. Aku pernah juga menelefon bahagian fakulti pendidikan Ukm untuk tanya samaada aku lepas interview ataupun tidak. Aku telefon sebab aku betul-betul nak tahu keputusan temuduga tu sebelum membuat pilihan rayuan. Masa tu pegawai yang angkat call cakap aku tak ada masalah apa-apa dan lulus semua temuduga cuma kuota bilangan pelajar dah penuh. Dia siap tanya nama dan kad pengenalan aku untuk check dalam sistem. wow hahahaaha aku tak sangka pun dia sebaik tu sampai nak checkkan dan pegawai tu pun sarankan supaya aku tetap letakkan Ukm di pilihan pertama. Jadi setelah berfikir, solat hajat istikharah semua tu maka aku pun tetap dengan pendirian aku untuk memilih Ukm sebab aku memang nak sangat course tu. Selebihnya aku serahkan kepada Allah, kalau ada rezeki ada lah.

Akhirnya setelah berminggu-minggu aku menunggu, keluar lah keputusan rayuan Upu dan alhamdulillah aku berjaya ditawarkan ke Program Pendidikan Sukan dan Rekreasi di Ukm ambilan September. Aku daftar seminggu lambat berbanding pelajar yang first intake. Maksudnya, aku tak ada orientasi atau tak terlibat dengan minggu mesra mahasiswa. Aku daftar je terus start sesi pembelajaran di mana ianya merupakan minggu pertama sesi pembelajaran bagi kemasukan pelajar baharu. Dan kebetulan aku masuk 18 September, tarikh 16 September pula Hari Malaysia jadi kelas untuk course aku baru start belajar satu hari disebabkan 16 September tu cuti awam. 

Kesimpulan yang aku peroleh, kesabaran tu amat penting, ya kita hanya mampu merancang dan Allah yang akan menentukannya. Jadi kita kena percaya dan serahkan semuanya kepada Allah, cepat atau lambat semuanya telah ditetapkan. Kalau ada rezeki insyaAllah takkan kemana. Yang penting jangan cepat putus asa dan jangan lupa untuk melakukan solat sunat dhuha, hajat, tahjjud dan berdoa kepada Allah agar semuanya dpermudahkan. Ok sampai di sini sahaja penulisan blog aku. InsyaAllah kalau aku rajin aku akan update lagi. Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh tulis di ruangan komen. Terima Kasih kerana sudi membaca :)

37 comments:

  1. saya bukan student skures tapi minat baca blog awak. hehehe

    ReplyDelete
  2. saya bukan student skures tapi minat baca blog awak. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya saya tahu awk memang minat baca blog saya sampai tulis komen dua kali hahahaha

      Delete
  3. saya juga bukan student skures tapi minat baca blog you. hehehihu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alang-alang dah minat baca blog i nanti i akan buat you minat dengan aktiviti sukres pula ya hahahaha, thanks sudi baca :D

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Saya budak usm tapi suka baca blog kamu huehuehue

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh, jauhnya dari penang dtg baca blog saya hehe terima kasih anne n_n

      Delete
  6. Bile saya dpt tau awk ade blog sndiri saya trus bukak dan bace..dan sngt tersentuh kisah awak ni sehingga menusuk ke dalam hati saya yang plg dalammm<3

    ReplyDelete
    Replies
    1. awhh thank you sbb support sis, wow sampai menusuk ke dlm hati eh, saya harap awak tak menangis la masa baca blog ni hahahaha

      Delete
  7. Hai saya budak sukres. Saya rasa saya kenal awak. Awak yang futsal tu kan. Saya doakan awak berjaya dunia dan akhirat. Baca awak punya blog buat saya sebak sebab saya pernah alami benda yang sama. Buat lagi blog yang best best okay. #fanathirr

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  8. Hi classmate, saya pun rasa saya kenal awak. awak yg ada fans club hud hud tu kan hihihi. Aamiin, saya pun doakan awak berjaya dunia akhirat. Terima kasih sudi baca blog saya. disebabkan kita pernah alami benda yg sama marilah kita terus berjuang sehingga berjaya mencapai apa yg diimpikan :D

    ReplyDelete
  9. nak tanya pendidikan sukan rekreasi sama ke dengan pendidikan sains sukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. hi maaf lambat balas, ada subjek yg sama dan ada juga tak sama. tapi saya tak tahu lah perbezaan dia banyak ke tak cuma saya tahu pendidikan sains sukan ni dia more to sains sukan dan sukan and maybe ada juga coaching. kalau mcm pendidikan sukan & rekreasi kitaorg still belajar sains sukan, coaching dan sukan2 lain cuma ada tambahan silibus rekreasi. yg ni mcm kitaorg more to aktiviti rekreasi (perkhemahan,kayak,abseiling,ikatan tali dll)

      Delete
  10. Gementarnya esok saya ada iv online via Zoom Meeting 😭😭 Pray for me 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lambat perasan komen sis btw congrats sbb dpt iv!! saya tak tahu mcm mana iv online dijalankan tapi saya doakan semoga sis diberi rezeki untuk dpt sambung belajar dkt UKM ataupun mana-mana universiti awam yang lain. Good Luck !!

      Delete
  11. ade ke pointer 2.92 dpt kos ni?😅...sy minat kos ni tpi aktiviti sukan sklh sy tk aktif sngt😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf yg ni saya tak pasti sbb saya tak tahu pointer semua pelajar2 yg dapat tawaran course ni. tapi tak mustahil kalau seseorang tu blh dpt mungkin rezeki dia , ada juga yg dpt melalui tahap prestasi sukan dia yg sgt aktif seperti dia pernah mewakili malaysia/negeri atau pernah mempunyai latar belakang dari sekolah sukan. maaf lambat balas saya baru perasan komen ni

      Delete
    2. kalau berminat boleh je cuba untuk mohon yg penting letak first choice dlm pilihan upu. selain itu, kena juga buat betul-betul untuk ujian medsi dan temuduga. tiada apa yg mustahil. kalau ada rezeki insyaAllah akan dpt :)

      Delete
  12. ade ke pointer 2.92 dpt kos ni?😅...sy minat kos ni tpi aktiviti sukan sklh sy tk aktif sngt😭

    ReplyDelete
  13. saya baca smpai hbis.. rsa sebak cmpur terharu hahaha.. sya berminat dgn course ni.. doakn sya ya.. mak saya nk sgt sya jdi cikgu.. jyeah smoga tercapailah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah terima kasih sudi baca sampai habis. saya doakan awk dpt menjadi cikgu yg berkualiti suatu hari nanti

      Delete
  14. saya baca smpai hbis.. rsa sebak cmpur terharu hahaha.. sya berminat dgn course ni.. doakn sya ya.. mak saya nk sgt sya jdi cikgu.. jyeah smoga tercapailah.

    ReplyDelete
  15. Saya nak tanya masa awak terima kptusan dukacita tu mmg awak tak terima apa2 tawaran Universiti lain ke mcmana ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi saya minta maaf lambat reply, saya takde terima apa2 tawaran drpd universiti awam tapi saya hanya dpt tawaran drpda uni swasta sahaja. kebiasaannya kalau uni awam mmng melalui upu. melainkan ada uni awam yg buka laluan masuk lain melalui uni tu sendiri cumanya harga bayaran agak mahal

      Delete
  16. Hi, boleh tau nanti posting akan ajar subjek apa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, maaf baru dapat reply. walaupun dah lama komen awak ni tapi saya jawabkan juga ye. utk posting selalunya dia akan bgi subjek ikut major dan minor kita. subjek keutamaan adalah pjk. subjek lain ada yg ikut minor kita cth sains sukan/bm/lain-lain. ada juga subjek yg bukan minor kita tapi pihak sek bgi juga dkt kita disebabkan takde guru utk cover.

      Delete
  17. Stpm kene amik kos apa ya supaya boleh mohon kos ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi saya minta maaf lambat reply, saya baru dpt buka semula gmail acc ni. jwpn kpd soalan awak sebenarnya tak kisah asalkan aktif sukan dan ada minat untuk belajar course ni. mcm saya aliran sastera, saya takde basic ttg bio fizik kimia. bila dh masuk course ni mcm2 yg awak akan belajar. selain sains sukan, asas rekreasi dan sukan pun ada

      Delete
  18. boleh saya tahu berapa minit ye untuk temuduga face to face tuu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi maaf saya lambat reply, seingat saya dalam 30 min mcmtu sbb dlm bilik tu ada 3 orang calon

      Delete
  19. kalau buat rayuan tu kena tunggu lama tak ? sebab saya pun berminat nak amik course ni cuma takut kena reject sebab tak dapat keputusan cemerlang

    ReplyDelete